"Memadai dengan mati itu memberi pengajaran"

Diriwayatkan oleh At-thabarani dan Al-Baihaqi daripada Amer bin Basir

Thursday, May 6, 2010

PETUA2 dari Syed Gaddafi..(Macam2 ada)

KULIT DAN BULU JAGUNG : Kudis @ luka bernanah.
Cara: Kulit & bulu halus jagung ditumbuk halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering.
POKOK DUKUNG ANAK : Sakit dada untuk batuk berdarah
Cara : Pokok ini direbus bersama tebu hitam,pegaga dan gula batu ( cam sedap jek..kihkih)
DAUN KESUM : 1.Perut tidak hadam  2. Kelemumur
Cara : 1. Rebus daun kesum ini dan diminum airnya.
          2. Daun kesum ditumbuk dan diperah airnya, air perahan ini dicampur dengan air dan digosok pada kulit kepala. Biarkan selama 3-5 minit,kemudian bilas dengan air bersih.
DELIMA : Sakit Mata
Cara : Bersihkan akar delima kemudian rebus, biarkan ia sejuk. Kemudian,gunakan ia sebagai pencuci mata yang sakit.
DAUN @ BUNGA POKOK SUBANG NENEK : Sakit gigi @ Gusi Bengkak
Cara : Daun @ bunga subang nenek di tumbuk lumat,kemudian sapukan pada gigi @gusi yang bengkak.
DAUN POKOK BISA ULAR : Bisa ular
Cara : Hancurkan daun pokok bisa ular dan tampalkan pada kawasan patukan ular itu.
BUNGA KAPAS : Turunkan panas badan @ demam panas
Cara : Campurkan bunga kapas dan bunga raya dalam air dan dijadikan air tersebut sebagai air mandian.
DAUN KEDONDONG : Melegakan batuk
Cara : Daun direbus dan diminum airnya.
JERING : Kencing manis
Cara : makan jering...
Fakta : Kajian sains mendapati  jering mempunyai sebatian alkoloid didalamnya yang dapat meneutralkan kandungan gula dalam badan.
PERIUK KERA : Lebatkan rambut,cirit birit,batu karang dan darah tinggi dan sengatan bisa gigitan.
Cara :Cecairnya dilumurkan pada rambut.
Air rebusan akar dan batang periuk kera diminum bagi cirit birit,batu karang dan darah tinggi.
Jus batang diminum untuk kurangkan bisa sengatan.
DAUN CEMPAKA KUNING : selepas bersalin
Cara: Bersihkan daun cempaka kuning dan rebus daun2 tersebut sehingga mendidih. Biarkan ia suam2 kuku kemudian diminum airnya.
POKOK MISAI KUCING : Kencing manis dan batu karang
Cara: Ambil daun segardalam segengam dan jemurkan sehingga kering. Bila kering,daun direbus dengan 3 gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebih kurang segelas air mentah. Bila suam minumlah sedikit demi sedikit sehingga habis.
MARJERIN : Nasi hangit
Cara masukkan sesudu kecil dalam periuk nasi sebelum nasi dimasak.
AIR KELAPA MUDA : Sakit kelamin
Cara : Air kelapa muda dicampurkan dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis. Minum setiap pagi.
AIR KELAPA MUDA : Bengkak-bengkak badan
Cara: Campurkan air kelapa muda dan kunyit makan dan direbus lalu diminum airnya.
DAUN UBI KAYU: Sengatan @ gigitan serangga berbisa.
Cara :Ramas daun dan tempelkan pada bahagian gigitan atau sengatan.
BUNGA LOCENG : Jentik-jentik
Cara: Titiskan getah bunga loceng pada bekas-bekas kecil yang berair.
PETAI : Henti merokok
Cara : Makan ini petai la...
BUAH CIKU : Buang air berdarah
Cara : tumbuk buah ciku muda hingga lumat. Campurkan sedikit  air panas dan garam. Minum airnya dan amalkan sebelum sarapan pagi.
PISANG KAKI : Turunkan  tekanan darah,tingkatkan aliran darah atasi sembelit dan meredakan sedu.
Cara: makan ikut begitu saja pisang....(nak yang lebih lazat? kupaslah sendiri!!)
SENGKUANG CINA : Penyakit Bronkitis yang kronik
Cara : 3 biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.
BUAH PINANG : Telinga bernanah
Cara: Perah jus kulit pinang yang telah matang ke dalam lubang telinga sehingga nanah kering
LIDAH BUAYA : Elak jangkitan,rawat kudis,gatal2 dan parut
Cara : cecair lidah buaya diletakkan pada bahagian tersebut.
JUS ALOEVERA : Kencing manis,tekanan darah tinggi,luka dalam perut,buasir,sembelit,sakit sendi,ulser,masalah ginjal dan banyak lagi.
DAUN CERMAI : Jerawat dan kulit berminyak
Cara : Daun ditumbuk halus dan dijadikan bedak
POKOK LETUP-LETUP :  Gatal2 kulit
Cara : bersihkan daun2 ini dan rebuskan sehingga mendidih. Apabila sudah suam ambil airnya sebagai air basuhan
PANDAN WANGI : demam campak,penyakit ganorea,sifilis,denggi dan anaemia.
DELIMA PUTIH : Anti-radang,buasir dan bengkak2
PINANG : radang tekak,cirit-birit sakit perut,air kencing x lawas

P/s : tumbuhan2 ini memberi kebaikan dalam mengubati penyakit2...
Semua ini adalah ikhtiar kita...yang menyembuhkan adalah Allah SWT...

:) 8 Mei 2010...shark :(

No comments:

Post a Comment