"Memadai dengan mati itu memberi pengajaran"

Diriwayatkan oleh At-thabarani dan Al-Baihaqi daripada Amer bin Basir

Saturday, May 1, 2010

KEISTIMEWAAN BULAN REJAB

Rejab merupakan bulan Allah SWT,Syaaban bulan Rasulullah SAW dan Ramadhan bulan kita umat Islam
Bulan rejab bermula pada 13 Jun 2010-12 Julai 2010..
Eloklah kiranya kita sama2 melakukan amalan sunat di Bulan Allah SWT kerana ada kelebihannya:


1.Berpuasa pada 1 Rejab=13 Jun 2010, ia menjadikan kafarat kerana ia menghapuskan dosa-dosa kecil(Aljaami'us shaghiir).


2.Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab iaitu pada 17 Jun 2010 kerana syurga adalah bahagiannya. (Al Baqarah)
-terdapatnya sungai di syurga yang dinamakan 'Rejab' yang mana airnya lebih putih dari susu,lebih manis dari madu dan lebih dingin dari ais. Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah SWT akan mengurniakannya minuman dari sungai itu(hadis)


3. Pada malam 15 dan 27 Rejab iaitu pada 27 Jun dan 9 Julai dianjurkan kepada kita untuk melakukan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam.Setiap rakaat selepas membaca Ummul kitab dibaca salah satu surah.


"Barangsiapa berpuasa satu hari dari bulan Rejab,seolah-olah dia berpuasa 1000 tahun dan seolah-0lah memerdekakan 1000 hamba sahaja. Sesiapa bersedekah 1000 dinar dan dicatatkan setiap rambut dan bulu di tubuh badannya 1000 kebajikan,dan diangkatkan darjatnya 1000 darjat,dihapuskan 1000 kejahatan dan dicatat juga ia bersedekah itu beroleh ganjaran 10 kali ganjaran haji dan umrah serta didirikan baginya gedung di syurga."(Salman Alfarisy)




Kesimpulannya: Sama-samalah kita melakukan ibadah(PUASA,SEDEKAH,SOLAT SUNAT) di Bulan Rejab,sesunguhnya banyak kelebihan dan pahalanya.Sesunguhnya bulan Rejab adalah bulan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment